Panduan

Cara semak ejen hartanah berdaftar (LPEPH) sebelum berurusan

Oleh Mohd Fawwaz, Perunding Hartanah Berdaftar (REN 84496), OD Legacy Realty Sdn Bhd · Dikemas kini

Ringkasnya:
  1. Minta nama penuh dan nombor pendaftaran ejen (REN, PEA atau REA).
  2. Semak di laman rasmi LPEPH, bahagian carian ejen berdaftar.
  3. Pastikan nama, gambar dan firma sama dengan orang yang anda jumpa.
  4. Pastikan status pendaftaran aktif untuk tahun semasa.
  5. Jangan bayar wang ke akaun peribadi ejen.

Kenapa perlu semak?

Di Malaysia, hanya individu yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) boleh memasarkan hartanah orang lain untuk bayaran, di bawah Akta 242. Broker tidak berdaftar tidak tertakluk kepada peraturan Lembaga, jadi pemilik dan pembeli tiada perlindungan jika berlaku masalah.

Jenis pendaftaran yang sah

Firma ejen juga ada nombor pendaftaran sendiri, contohnya OD Legacy Realty Sdn Bhd (E (1) 2004/3).

Langkah semakan

  1. Minta nombor REN, PEA atau REA. Ejen yang sah meletakkannya pada kad perniagaan dan papan iklan.
  2. Buka carian ejen di laman rasmi LPEPH.
  3. Masukkan nombor pendaftaran atau nama ejen.
  4. Bandingkan keputusan dengan orang yang anda jumpa: nama penuh, gambar dan nama firma.
  5. Semak status. Pendaftaran perlu diperbaharui setiap tahun.
Kad perunding hartanah Mohd Fawwaz bin Abas, REN 84496, OD Legacy Realty Sdn Bhd E (1) 2004/3, tahun 2026
Contoh kad REN yang sah: kad saya, REN 84496, bernaung di bawah OD Legacy Realty Sdn Bhd (E (1) 2004/3).

Tanda-tanda amaran

Wang deposit: siapa yang patut pegang?

Deposit jual beli sepatutnya dibayar ke akaun klien firma ejen atau kepada peguam sebagai pemegang amanah, bukan ke akaun peribadi sesiapa. Kad perniagaan saya sendiri menyatakan akaun klien rasmi firma untuk sebarang bayaran.

Panduan ini maklumat umum, bukan nasihat guaman. Untuk kes anda, WhatsApp saya atau rujuk peguam hartanah.

Baca Juga

Panduan & kawasan lain

Mulakan Sekarang

Serahkan pada yang pakar. Saya uruskan dari A–Z.

Hubungi saya untuk semakan harga percuma dan bincang cara terbaik jual rumah anda.

Mohd Fawwaz bin Abas
Perunding Hartanah Berdaftar · No. REN 84496
OD Legacy Realty Sdn Bhd (E (1) 2004/3)

📞 Call 💬 WhatsApp